Aksara memuat novel & drama bertema dewasa (romansa, kekerasan). Dengan lanjut, kamu menyatakan berusia 17 tahun atau lebih.

oleh Sha Elora
Tengku Raees Zahran memiliki segalanya — kuasa, rupa, empayar perniagaan.Wanita datang dan pergi dalam hidupnya tanpa pernah meninggalkan kesan.Bagi Raees, cinta cuma kelemahan.Melur Adriana pula gadis sederhana yang membina hidup dengan maruah sendiri. Lembut pada luaran, tapi hatinya keras mempertahankan harga diri.Takdir menemukan mereka dalam keadaan yang penuh salah faham. Raees menganggap Melur perempuan yang cuba mendekatinya kerana nama dan harta. Melur pula membenci sikap angkuh lelaki itu.Namun tekanan keluarga dan krisis syarikat memaksa Raees membuat keputusan drastik — mengahwini Melur demi menjaga nama dan kedudukan.Perkahwinan tanpa cinta.Serumah tanpa rasa.Hanya perjanjian setahun… kemudian berpisah.Raees kekal dingin.Melur pula cuba bertahan tanpa menyerahkan hati.Sehingga satu hari…Raees mula rasa cemburu.Mula takut kehilangan.Mula sedar Melur bukan seperti wanita lain.Tetapi saat hatinya akhirnya terbuka, Melur sudah penat menjadi isteri yang hanya dipandang sekadar tanggungjawab.Mampukah Tengku Raees menundukkan egonya sebelum Melur benar-benar pergi?Atau bunga itu hanya akan mekar seketika… sebelum layu dalam diam?ic_default
Karena kamu suka Romansa, mungkin kamu suka ini juga:
Romansa