Inas menggenggam tangan Alea sambil sebelah tangannya menjinjing beg plastik berisi barang keperluan mereka.
“Alea!”
Inas dan Alea menoleh ke arah suara yang memanggil nama Alea. Kening Inas berkerut melihat dua orang pemuda yang berdiri tidak jauh dari mereka.
“Hai Alea, lama tak jumpa. Apa khabar sekarang?” Tanya salah seorang pemuda itu seolah-olah tidak melihat Inas yang berdiri di samping Alea.
Kening Alea berkerut mendengar pertanyaan pemuda itu. ‘Dia ni kenapa? Lama tak jumpa? Bukankah baru beberapa minggu lepas dia jumpa aku masa jalan dengan Maimun.’
“Hai Nazrul. Alea sihat.” Jawab Alea dengan senyuman yang dipaksakan. Tidak sedar dia menggenggam tangan suaminya kuat.
“Oh… Ini siapa?” Tanya Nazrul dengan nada kurang senang.
“Saya suami Alea.” Jawab Inas melepaskan genggaman tangannya lalu merangkul bahu Alea. “Kalau tak ada apa-apa, kami jalan dulu.” Inas merangkul Alea lalu meninggalkan dua pemuda itu. Hatinya tertanya-tanya siapa pemuda yang menyapa isterinya. Dia dapat melihat wajah tegang pemuda yang menyapa isterinya sebentar tadi.
“Hahaha… Kau yang perangkap dia sampai kena tangkap khalwat, alih-alih sekarang kau yang kecewa.” Ejek pemuda yang bersama Nazrul.
“Kau diam boleh tak!” Ujar Nazrul dengan kesal.
Tanpa mereka sedari, Alea dan Inas yang berjalan tidak jauh dari mereka tercegat kerana terkejut mendengar kata-kata rakan Nazrul. Selama ini mereka tertanya-tanya siapa yang telah membuat aduan sehingga mereka di tangkap khalwat. Ternyata… Nazrul!
Alea dapat melihat rahang suaminya mengeras, matanya menyipit. “Inas…”
Inas melepaskan rangkulan tangannya di bahu Alea lalu membalikkan tubuhnya menghampiri Nazrul. Senyuman sinis terukir dibibirnya. “Thanks bro. Sebab tindakan kau, aku dan Alea jadi suami isteri yang sah. Aku beruntung dapat isteri pandai dan cantik macam Alea.” Tangannya menepuk bahu Nazrul beberapa kali lalu kembali kepada Alea.
Alea melongo melihat tindakan Inas. ‘Aku ingatkan dia nak tumbuk muka Nazrul, eh malah berterima kasih. Apa dia cakap tadi, aku pandai? Cantik? Ahhh… Nak pelukkkk!’ Bibirnya tidak dapat menahan senyuman saat menyambut huluran tangan Inas.
“Inas tak marah?”
“Marah.”
Alea menelan liur menatap wajah Inas. “Sorry.”
“Marah sebab dia perangkap kita, malukan keluarga kita. Tapi Inas bersyukur sebab dapat kahwin dengan Lea.”
‘Okay, serius aku nak peluk dia.’ Fikir Alea nakal.
*
Diam-diam Inas memerhatikan isterinya yang sibuk menyediakan makan malam mereka. ‘Kalau aku tahu bahagia macam ni, dah lama aku kahwin.’
“Lea masak apa?”
Pertanyaan Inas membuatkan bahu Alea terangkat kerana terkejut. “Astaga… Inas boleh tak jangan buat orang terkejut.” Alea menjeling tajam ke arah Inas yang berdiri di sebelahnya. “Lea goreng ikan dengan tumis kangkung. Inas nak tambah lauk lain?”
“Tak. Lagipun kita berdua je Alea. Lainlah kalau dah ada anak nanti.” Sebelah tangan Inas memeluk pinggang Alea. “Cakap pasal anak, bila kita nak buat anak?” Bisik Inas nakal.
“Boleh tolong ambil pinggan?” Sengaja mengalihkan pembicaraan mereka. Alea berusaha menolak tubuh Inas yang sudah menempel di belakangnya.
“Hmmm…” Inas melepaskan tangannya, mengeluh kesal dengan penolakan Alea. Dia melangkah lemah menuju ke sofa dengan wajah cemberut.
‘Dia merajuk? Dasar anak manja!’ Alea cepat-cepat menyelesaikan masakannya lalu menghampiri suaminya.
“Inas, nak makan sekarang?”
“…”
Alea duduk di samping Inas saat suaminya itu tidak memberikan jawapan, matanya hanya tertumpu pada berita yang disiarkan di TV.
‘Okay, dia betul-betul merajuk.’ Gumam Alea
“Inas…” Panggil Alea dengan lembut. Namun Inas masih tidak mempedulikan panggilannya, malah terdengar dengusan kasar pemuda itu. Rahangnya mengeras mungkin kerana menahan marah, bibir seksinya sedikit muncung. ‘Syafi Inas, kau betul-betul anak manja umi!’
Alea nekad, walaupun akan memalukan dirinya, namun demi memujuk suaminya…
Cup!
Mata Inas terbelalak mendapat ciuman sekilas di bibirnya. ‘Memang nak kena budàk ni!’ Inas pantas meraih tengkuk Alea lalu melumat bibir bawah isterinya yang kelihatan mungil. Dia dapat merasakan tangan Alea menolak dadànya agar menghentikan ciumannya, namun Inas masih belum ingin melepaskan gadis yang membuatkan dirinya kesal tadi. Tidak hanya di bibir, Inas membawa bibirnya menjelajah leher Alea, menghisap kuat sehingga membuatkan Alea mengerang halus.
“Engghhh… Inas…” Panggil Alea dengan nafas tercungap-cungap. “Lea lapar.”
Inas mengangkat wajahnya menatap wajah Alea yang merona merah. Cantik!
“Bukan Lea tak nak layan Inas. Kita tak makan lagi, mandi pun belum. Nanti tak ada tenaga, macam mana Lea nak layan Inas.” Alea mengangkat-angkat kedua keningnya sengaja menggoda Inas. “Lea betul-betul lapar sekarang ni.” Memegang perutnya sengaja meraih simpati pemuda itu.
Inas menarik tangan Alea menuju ke meja makan dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Alea sudah pandai mengusiknya sekarang, dia juga lebih terbuka mengutarakan apa yang difikirkannya. “Tapi Inas nak makan Lea nanti.” Alea menggigit bibir mendengar bisikan penuh makna suaminya.
*
“Nak Lea isikan bathtub?” Tanya Alea sejurus selepas membersihkan tubuhnya.
“Tak.” Jawab Inas sambil matanya terus menatap telefon bimbitnya.
Mendengar jawapan Inas, Alea melangkah menuju ke almari pakaiannya. ‘Nak pakai baju yang mana ni, semua baju ni tak cukup kain.’ Alea membelek satu persatu gaun tidur yang disediakan oleh suaminya.
“Pakai yang warna merah please.” Bisik Inas di telinga Alea. “Inas nak mandi dulu.”
“Hmmm... Okay.” Jawab Alea gugup. Jantungnya berdetak sangat laju saat ini. Bagaimana tidak, dia belum mengenakan pakaian dan tangan besar Inas sempat merayap di pangkal dadànya.
Selesai mandi, Inas mencari kelibat Alea kerana tidak melihat gadis itu di dalam bilik. ‘Jangan cakap dia dah larikan diri sebab takut.’ Fikir Inas cemas.
Matanya terarah ke balkoni apartment, kelihatan Alea sedang menikmati angin malam. Inas masuk semula ke dalam bilik mengambil sesuatu di dalam laci lalu keluar menghampiri Alea yang tersenyum manis. Sangat manis!
“Lea buat apa di sini? Ingatkan Lea dah lari sebab takut dengan Inas.”
“Hehee… Kenapa nak lari? Lea bahagia di sini.”
“Betul Lea bahagia tinggal dengan Inas?”
Alea mengangguk, menatap wajah tampan suaminya. “Terima kasih sebab sudi terima Lea.”
Inas meraih Alea ke dalam pelukannya memberikan kehangatan, membiarkan degupan jantung mereka saling bersahut-sahutan.
“Inas minta maaf sebab abaikan Lea sebelum ni. Puas Inas cari Lea lepas kejadian malam tu, tapi tak jumpa. Nasib baik umi dan abi ajak Inas pergi shopping, tak sangka dapat jumpa Lea. Masa tu baru Inas sedar, Lea cashier yang kami jumpa hari sebelumnya. Betul tak?”
Alea mengangguk mengiakan. “Lepas tu terjumpa Inas lagi, tapi Inas jalan dengan Natasya.” Ujar Alea dengan nada kesal.
“Shhhhh… Masa tu Inas dan Natasya dah tak ada apa-apa hubungan. Lepas kita nikah, Inas memang dah buang jauh-jauh perasaan untuk dia.” Jelas Inas sambil mengusap lembut tangan isterinya.
Inas menarik tangan Alea lalu menyarungkan cincin bertatahkan berlian ke jari manis isterinya. “Nasib baik muat.” Tangannya membelek-belek tangan isterinya. “Maaf baru sekarang Inas dapat bagi Lea.
Alea menatap tangannya yang masih berada di tangan besar Inas dengan mata berkaca-kaca. “Lea tak ada apa-apa yang istimewa nak bagi Inas. Kenapa Inas baik sangat dengan Lea…” Tanya Alea dengan suara bergetar.
“Sebab Inas sayang Lea. I love you with all my heart Lea.” Luah Inas sambil mengelus lembut pipi Alea. “Maaf kalau Inas tak romantik macam hero dalam drama China atau Korea, tapi cinta Inas betul-betul hanya untuk Lea.”
Mendengar ucapan romantis Inas membuatkan wajah Alea merona merah.
“Lea sayang Inas tak?”
Alea mengangguk mengiakan.
“Jawab Lea.”
“Ya…”
“Ya apa?”
“Inas…”
“Lea…”
“Lea sayang Inas.” Jawab Alea malu-malu. ‘Tak pernah seumur hidup aku cakap macam ni. Malu!
Inas menarik dagu Alea membuatkan gadis itu mendongak tinggi menatap Inas. Bibirnya meraup bibir Alea dengan lembut, sesekali menggigit bibir isterinya sehinggakan erangan kecil keluar di sela-sela ciuman mereka.
Alea memberanikan diri membalas ciuman suaminya yang semakin mengghairahkan. Belum sempat dia meraup bibir Inas, pemuda itu sudah menghulurkan lidahnya untuk menjelajah di dalam mulutnya. Alea dapat merasakan lidah Inas bermain-main di dalam mulutnya, lembut.
Alea menolak perlahan dadà Inas saat merasakan dia sudah kehabisan nafas. Dadànya turun naik dengan laju akibat ciuman yang penuh ghairah. Mata mereka bertemu seolah-olah saling berbicara mengungkapkan keinginan masing-masing. Alea mengetap bibir menahan rasa.
“Aaaaaaa… Inas!”