Alea mengenakan t-shirt dan kain batik yang disediakan oleh Puan Saodah selepas membersihkan diri. Niatnya untuk pulang ke apartment suaminya tergendala atas permintaan wanita itu. Inas? Jangan ditanya, wajahnya sekarang seperti tayar kereta pancit kerana kesal dengan keputusan Alea yang menyetujui permintaan Puan Saodah.
“Malam ni Lea tidur rumah umi boleh? Umi nak minta tolong kumpul pakaian yang nak di bawa ke rumah anak yatim.”
Alea melirik wajah suaminya ingin meminta kebenaran, dia dapat melihat kening pemuda itu berkerut, tangannya juga berhenti menyuap mee kari di hadapannya. ‘Sah! Lepas ni mesti proses memujuk akan menjadi lebih sukar.’
“Boleh puan.” Inas mengeluh kasar mendengar jawapan Alea. ‘Maknanya tak jadilah malam kedua aku malam ni!’
Jam menunjukkan sudah pukul 9 mala