“Alea.”
“…”
“I miss you.” Ucap Inas meraih tangan Alea.
Alea menepis tangan Inas keras, enggan terpedaya dengan ucapan pemuda itu. Dia keluar meninggalkan Inas sendirian di dapur.
Alea dan Kak Esah duduk santai di halaman rumah Puan Saodah membiarkan anak-beranak itu berkumpul bersama. Alea hanya mampu melihat dari jauh pemandangan keluarga bahagia tersebut. Dia cemburu. Siapa yang tidak cemburu melihat suami sendiri diapit oleh wanita lain. ‘Ah… Persetànkan dia, penipu!’
“Kak Esah tak nak balik kampung?” Tanya Alea memecahkan kesunyian.
Kening Esah berkerut mendengar pertanyaan Alea. “Kenapa, Lea nak balik ke?”
“Lea rasa macam nak balik kampung minggu depan, kebetulan ada cuti umum hari Isnin. Boleh cuti lama sikit. Lagipun dah lama sangat Lea tak jumpa abang dan Kak Indah.” Jawab Alea sayu.
Kak Esah mengangguk setuju. “Jangan lupa bagitau akak kalau Lea nak balik, boleh kita balik sama-sama.” Pesan Kak Esah.
“Alea, ikut umi sekejap.” Panggilan Puan Saodah mengejutkan Alea dan Kak Esah.
Alea berdiri lalu berjalan di belakang Puan Saodah, keningnya berkerut kerana bimbang. Manakala Inas yang masih duduk di ruang tamu bersama Natasya dan abinya melirik isteri dan uminya yang berjalan menaiki tangga ke tingkat atas.
“Ada apa puan?” Tanya Alea gusar saat mereka berada di dalam bilik.
Puan Saodah tersenyum mendengar pertanyaan Alea. Dia menarik Alea untuk duduk di sofa yang terdapat di dalam bilik. “Tak ada apa-apa Alea. Umi hanya nak bagi baju-baju umi yang dah tak muat.”
“Oh… Lea ingatkan apa tadi.” Jawab Alea tersengih sambil menggaru keningnya.
“Kenapa, Alea ingatkan umi nak tanya apa? Atau ada rahsia yang nak share dengan umi?” Tanya Puan Saodah menatap dalam ke anak mata Alea.
“Ehhh… Ta… Tak ada apa-apa puan. Nanti Lea try baju yang puan nak bagi, kalau muat Lea ambil.” Jawab Alea cemas.
Puan Saodah mengangguk lalu mengeluarkan baju yang hendak diberikan kepada Alea. Alea meneliti satu persatu baju yang diserahkan kepadanya. Keningnya berkerut.
“Semua macam baru ni puan, tag pun masih ada.” Alea menghulurkan tangannya menunjukkan tag yang masih melekat di baju-baju tersebut.
“Umi beli tak ukur di badan sendiri, sampai rumah baru perasan tak muat. Banyak baju-baju umi yang dah tak muat ni.” Jawab Puan Saodah.
“Banyak ni kalau Lea nak ambil semua. Kalau kita sedekahkan separuh ke rumah anak yatim, puan setuju? Saham akhirat.” Tanya Alea memberi cadangan.
Puan Saodah menatap Alea lama. Dia menarik Alea ke dalam pelukannya lalu mengucup kepala Alea penuh kasih. “Umi setuju sayang. Lea pilih dulu, selebihnya kita serahkan ke rumah anak yatim.”
Alea terpegun dengan tindakan Puan Saodah. “Maaf puan kalau Lea ada tersalah cakap.” Ujar Alea bingung membuatkan wanita itu memeluknya lebih erat.
“Alea balik dulu puan. Terima kasih baju-baju ni.” Ucap Alea sambil menjinjing paper bag berisi pakaian yang diberikan oleh puan Saodah menuju ke arah teksi yang sedang menunggu di hadapan rumah besar itu.
“Dah sampai rumah jangan lupa call umi.” Pesan Puan Saodah melepaskan tangan Alea.
“Nak aku hantar?” Pertanyaan Inas membuatkan Puan Saodah menatap tajam ke arah anak bujangnya.
“Sekarang baru nak tanya?” Ujar Puan Saodah geram lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Alea masuk ke dalam teksi tanpa menjawab pertanyaan Inas. ‘Jangan berharap lebih Alea.’
*
Pijan,
‘Jannnn… Kenapa kau tak bagitahu aku Alea cuti! Dia pergi mana?’
‘Mana aku tahu dia pergi mana, lagipun surat cuti Alea supervisor dia yang sign, bukan aku. Padan muka kau, dah ada isteri masih nak menggatal dengan ex-girlfriend.’
‘Aku tanya Alea pergi mana, bukan suruh kau membebel! Lagi satu, aku bukan menggatal, aku terserempak dengan Natasya di airport, dia yang nak ikut aku pergi rumah umi. Aku tak ajak pun!
‘Alasan. Kalau kau tak nak dengan Alea, lepaskan dia. Biar b***k tu bebas, dia boleh jumpa lelaki yang lebih bertanggungjawab, handsome dan kaya dari kau!’
‘Please Pijan, tolong tanya kawan dia Alea pergi mana. Aku call dia tapi tak dapat.’
‘Cari sendiri!’
Tut…
Inas meraup wajahnya kesal saat Hafizan menamatkan panggilan telefon. Sudah hampir seminggu dia tidak bertemu Alea. Dia bercadang untuk mengajak gadis itu keluar hujung minggu ini sekaligus menerangkan salah faham tentang Natasya. Alih-alih mendapat khabar gadis itu sudah mengambil cuti sehingga hari Selasa.
Tangannya sibuk membelek laporan di meja, namun fikirannya melayang entah ke mana. Inas merenung w******p yang dihantar kepada Alea, namun masih belum dibalas.
My Lily Alea,
Jangan salah faham, aku tak ada apa-apa hubungan dengan Natasya. Kami terserempak di airport, dia yang nak ikut pergi rumah umi.
Alea, please.
Alea, hari Sabtu aku jemput kau di rumah, kita keluar makan. Nak tak?
Alea, I miss you.
I miss you so much.
Lily Alea, please.
‘Dia block nombor aku?’ Fikir Inas kesal.
Tok tok tok!
“Ada apa?” Tanya Inas melirik setiausahanya dengan tajam.
“Tuan Rahman panggil, dia pesan bawa laporan projek di Riau.” Ujar Laila laju. “Hanphone tuan?”
“Habis battery, tengah charge.” Dia berdiri mengambil laporan projek di atas mejanya sambil matanya melirik telefon bimbitnya yang sudah mencium lantai.
“Abi panggil Inas? Ini laporan projek di Riau.”
“Hmmm… Duduk.”
Tuan Rahman membelek laporan yang diserahan oleh Inas sambil sesekali mengangguk. Di sebalik kaca matanya, dia melirik Inas yang kelihatan resah.
“Inas ada masalah? Ada apa-apa yang abi boleh bantu? Abi tengok Inas macam tak ada mood nak kerja lepas balik dari Riau. Tersampuk setàn Riau agaknya?”
“Abiiii… Inas okay. Tak ada masalah.”
“Betul tak ada masalah?”
Inas menggeleng lesu. “Kalau tak ada apa-apa, Inas keluar dulu.”
“Kalau ada masa singgah rumah jenguk umi, dia sunyi sebab Esah balik kampung. Tak ada pengganti.”
Inas mengangguk lalu berdiri meninggalkan abinya. ‘Kalau Kak Esah balik kampung, selalunya Alea yang akan menggantikan tempat Kak Esah.’ Fikir Inas. ‘Kesian umi tinggal sendirian di rumah.’
'Eh! Kak Esah dan Alea… Mungkin…'
*