“A… Ada apa?” Tanya Alea gugup.
Inas menepuk sofa mengarahkan Alea untuk duduk di sebelahnya. Keningnya berkerut melihat Alea duduk di hadapannya, bukan di sebelahnya.
“Aku tak makan orang Alea. Duduk sini.”
“Nanti ada staff lain datang macam mana?” Tanya Alea gusar.
“Tak ada yang akan masuk bilik ni, Pijan dah jadi security di luar.”
Alea mengangguk faham lalu duduk di sebelah Inas, namun masih menjaga jarak mereka.
“Ada apa?” Tanya Alea sekali lagi.
Inas menarik pinggang Alea agar duduk dekat dengannya. Dia dapat merasakan tubuh Alea menegang mungkin kerana terkejut.
“Petang ni aku pergi Indonesia, 2 minggu. Ahad baru balik kalau tak ada masalah.” Ujar Inas sambil tangannya mengusap bahu Alea lembut. “Jaga diri baik-baik.” Kali pertama dia merasa berat hati untuk keluar outstation.
Alea mengangkat wajahnya menatap Inas dengan mata berkaca-kaca. Entah kenapa dia merasakan seolah-olah Inas akan meninggalkannya.
“Kalau umi suruh keluar dating dengan Hanafi, jangan pergi.” Pesan Inas sedikit tegas, rahangnya mengeras.
Alea mengangguk tidak mengalihkan pandangannya. Dia ingin menatap wajah Inas sepuas-puasnya sebelum suaminya itu outstation.
Inas menarik nafas panjang melihat tatapan Alea. “Jangan goda aku Alea.”
Alea tersenyum mendengar kata-kata Inas. “Inas jaga diri, jaga kesihatan.”
Inas mengangguk lalu mencium kening Alea lembut. Dia yakin perasaannya saat ini bukan kerana kasihan melainkan perasaan sayang. Perasaan yang dia sendiri tidak sedar bila ianya bermula.
Alea menelan liur memberanikan diri menyandarkan kepalanya di d**a Inas. Degupan jantung dan aroma tubuh Inas menenangkan hati dan fikirannya.
“Alea...”
Alea mendongak mendengar suara garau Inas menyebut namanya. Mata mereka bertemu seolah-olah ingin mengungkapkan sesuatu. Inas tunduk mendekatkan wajahnya ke wajah Alea, lalu membiarkan bibir mereka saling menempel. Alea menutup matanya menikmati bibir seksi suaminya. Inas melumat bibirnya tanpa ampun sehingga bunyi ciuman mereka dapat didengari dengan jelas di telinga Alea. Selepas beberapa detik, Alea tersedar lalu menolak d**a Inas kerana bimbang akan tertangkap oleh Hafizan.
“Kau yang goda aku Alea.” Bisik Inas di telinga Alea. Dia memeluk Alea erat untuk meredakan degupan jantungnya dan bahagian tubuhnya yang menegang. Macam mana kalau Hafizan tahu! Dia pasti akan menjadi bahan usikan sepupunya itu sampai mati!
Inas melepaskan pelukannya, mengusap kepala Alea lembut. Tidak lama terdengar Hafizan mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik.
“Kenapa lama sangat, betis aku dah nak cramp jadi pak guard di luar!” Bebelan Hafizan memecah kesunyian. “Kau buat apa dengan Alea?”
“Alea, pergi sambung buat kerja kau.” Arah Inas tidak menjawab pertanyaan sepupunya.
Wajah Alea merona merah mendengar pertanyaan Hafizan. Dia berdiri meninggalkan dua pemuda itu.
“Aku gerak dulu, tolong tengok-tengokkan isteri aku.” Pesan Inas sengaja menekan perkataan isteri.
“Kau dan Alea tak buat apa-apa di bilik aku ni kan?” Tanya Hafizan sengaja menekan perkataan apa-apa.
“Setengah jam tak cukup nak buat apa-apa.” Jawab Inas lalu melangkah keluar dengan seyuman lebar terukir di bibirnya.
*
Hujung minggu Alea dihabiskan dengan menonton drama bersiri Korea di handphone nya. Sejak awal pagi, Maimun sudah keluar bersama Fairuz untuk membeli barang persiapan pertunangan. Tidak dinafikan Alea cemburu dengan kehidupan Maimun. Berbanding dirinya, dia tidak pernah bercinta, apatah lagi membeli barang persiapan pertunangan. Malah dia dituduh berkhalwat dengan Inas.
Inas.
Sudah seminggu lebih Inas outstation di Indonesia, pemuda itu tidak pernah menghubunginya sejak akhir-akhir ini. w******p yang dikirim juga tidak dibalas. ‘Mungkin aku yang terlalu berharap.’ Fikir Alea menahan rasa sakit di hatinya.
Brrttt…
Kak Esah,
Assalamualaikum Lea. Puan Saodah ajak Lea datang rumah.
Walaikumsalam. Ada apa?
Tak ada apa-apa, Puan cakap dia rindu dekat Alea.
Okay kak, nanti Lea datang.
Alea bingkas berdiri untuk bersiap. Dia tidak menolak pelawaan Puan Saodah kerana wanita itu baik terhadapnya. Mungkin dia berasa sunyi tanpa anak-anak di rumah.
Sesampainya di rumah Puan Saodah, wanita itu menyambut kedatangan Alea dengan ceria. Alea menghulurkan tangan bersalaman.
“Cantik betul Alea sekarang kan Esah.” Puji Puan Saodah.
“Ya puan.” Jawab Kak Esah mengiakan kata-kata majikannya.
“Maaf sebab umi ajak Lea datang rumah hujung minggu ni. Umi sunyi, nak makan dengan anak-anak, semua sibuk dengan keluarga masing-masing. Inas pula outstation entah bila balik.” Keluh Puan Saodah sambil menarik tangan Alea menuju ke meja makan.
“Tak apa puan, Lea tak buat apa-apa pun di rumah. Makan, tidur, makan tidur.” Seloroh Alea.
“Baguslah macam tu, biar berisi sikit badan Lea ni. Dah kahwin nanti sedap suami Lea peluk.”
Alea menelan liur mendengar kata-kata Puan Saodah. Suami?
“Bila Alea habis praktikal?” Pertanyaan Tuan Rahman menghentikan perbualan mereka.
“4 bulan lagi tuan.” Jawab Alea sopan, dia segan dengan suami wanita itu, wajahnya kelihatan tegas, sama seperti Inas.
Ah… Kenapa pemuda itu sentiasa hadir di fikirannya.
“Dah habis praktikal nanti terus apply tempat abi, tak perlu susah-susah cari kerja tempat lain.” Pesan Tuan Rahman kembali membaca surat khabar di tangannya.
Alea tersenyum mendengar pelawaan Tuan Rahman. “Terima kasih tuan.”
Mereka menikmati makanan yang dimasak oleh Puan Saodah, Alea menjadi rindu dengan masakan ibunya. Hidungnya terasa panas.
“Assalamualaikum. Aunty, uncle.”
Alea yang duduk bersebelahan dengan Kak Esah menoleh ke arah suara lembut yang memberi salam. Alea memalingkan kembali wajahnya, mengigit bibirnya kuat menahan rasa sakit saat melihat gadis bersuara lembut, cantik dan seksi memeluk lengan Inas erat.
Alea menarik nafas dalam cuba menyembunyikan perasaannya. ‘Patutlah tak pernah call atau balas mesej aku, rupanya dia outstation dengan girlfriend dia.’ Batin Alea.
“Duduk makan Inas, ajak Natasya sekali.” Ajak Puan Saodah.
“Thanks aunty.” Ucap Natasya lembut.
“Inas kenapa tak beritahu umi nak datang? Nasib baik umi masak lebih.”
“Kebetulan umi.” Jawab Inas sambil matanya menatap Alea. Gadis itu enggan mengangkat wajahnya.
Sial! Kenapa dia boleh ada di sini!
“Inas, I nak yang tu.” Pinta Natasya dengan manja sambil menunjuk lauk di hadapan Alea.
Alea menyuap makanannya dengan cepat, enggan berhadapan dengan manusia yang hanya membuatkan hatinya terluka. Dia yakin mata dan hatinya akan terbakar jika terus berada di situ.
“Tambah Alea, jangan segan-segan.” Pesan Puan Saodah.
“Lea dah kenyang puan. Lea pergi dapur dulu.”
“Puan? Dia pembantu rumah umi you?” Tanya Natasya seolah berbisik kepada Inas. Bisikan yang boleh didengari oleh semua orang di dalam rumah.
Alea tersenyum pahit. ‘Kenapa kau berharap Alea! Sedar diri!’
“Sabar Alea.” Tangan Kak Esah mengusap lembut bahu Alea. Kak Esah turut meninggalkan meja makan kerana segan.
“Lea tak apa-apa kak. Akak tolong angkat kain, biar Lea bersihkan dapur.”
“Ehemm… Inas tolong ambilkan abi air panas di dapur.” Suara Tuan Rahman mengejutkan Inas, keningnya berkerut mendengar arahan abinya. 'Tak pernah-pernah abi suruh aku ambilkan air.' Fikir Inas sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Inas berjalan ke dapur dengan langkah perlahan, menghampiri Alea yang sibuk membersihkan dapur. Dia tahu gadis itu sedang marah.
“Alea.”
“…”
“I miss you.” Ucap Inas meraih tangan Alea.
Alea menepis tangan Inas keras, enggan terpedaya dengan ucapan pemuda itu. Dia keluar meninggalkan Inas sendirian di dapur.