Alea membuka matanya perlahan, meregangkan tubuhnya yang dirasakan sangat lelah akibat aktiviti mereka semalam. Matanya melirik jam dinding yang menunjukkan sudah pukul 6 pagi.
“Good morning sayang.”
Senyuman Alea memekar mendengar suara serak suaminya. “Morning.” Alea mengucup pipi Inas lalu berdiri untuk membersihkan diri. Mengingatkan dirinya berada di rumah Puan Saodah, dia cepat-cepat bersiap untuk menyediakan sarapan.
“Lea turun dulu.” Bisik Alea mengusap rambut Inas dengan penuh kasih melihat suaminya kembali terlelap.
Selepas menghidangkan nasi goreng ikan bilis dan roti berintikan tuna mayonis, Alea sibuk membersihkan dapur tanpa menyedari kehadiran Puan Saodah.
“Buat apa tu Lea?” Alea menoleh kea rah suara yang menyapanya.
“Puan… Lea dah sediakan sarapan, puan nak makan se