Inas merengangkan pinggangnya di sofa sambil memerhatikan Alea yang sudah berganti pakaian melangkah ke dapur. Niatnya tadi ingin dipujuk, tapi alih-alih sekarang isterinya yang cemberut.
“Alea…” Inas menepuk-nepuk sofa mengarahkan isterinya duduk ketika Alea datang menghidangkan air coklat panas untuknya. Dia inginkan kepastian dari isterinya.
Saat Alea ingin duduk, Inas menarik pinggang isterinya kuat sehingga membuatkan Alea terduduk di pangkuannya.
“Inas!” Alea menampar lembut d**a suaminya. “Ada apa?”
“Kenapa Lea tak panggil Inas dengan panggilan ‘abang’?” Pertanyaan Inas membuatkan kening Alea berkerut. “Kenapa Lea panggil Pijan ‘abang’? Lea tau kan umur kami sebaya.” Inas mendengus keras.
Alea mengetap bibir menahan tawa kerana dia tahu, jika dia terlihat senyum walau hanya s