“Masuk!”
“Ini laporan yang tuan minta.”
Alea memerhatikan Hafizan tekun meneliti laporan yang kini berada di hadapannya. Sesekali dia kelihatan mengerutkan keningnya dan menghembus nafas berat membuatkan Alea bertambah cemas. Matanya mengekori tangan bosnya yang mengambil sebatang pensel dan menulis sesuatu pada laporan tersebut. Seketika kening Alea ikut berkerut kerana dia yakin tidak dapat membaca apa yang sedang ditulis oleh pemuda itu.
“Tolong baca betul-betul apa yang saya tulis kemudian betulkan semula laporan ni.”
Alea mengangguk namun ragu-ragu. “Errr… Maaf tuan, saya tak boleh baca apa yang tuan tulis ni.” Ujar Alea sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mana tidaknya, dia hanya dapat membaca huruf pertama di setiap perkataan yang ditulis oleh bosnya, selebihnya hanyalah