Alea melabuhkan punggungnya di sofa di samping Inas sambil meletakkan segelas lemonade. Hatinya berdebar melihat renungan mata suaminya yang sedari tadi memerhatikan pergerakannya.
“Kenapa pandang Lea macam tu?”
“Sebab Lea isteri abang. Kalau isteri orang lain, abang tak pandang.” Ujar Inas lembut, dia menarik Alea ke dalam pelukannya lalu memasukkan tangan besarnya ke dalam baju tidur Alea dan mengusap lembut perut rata isterinya.
Geli… Itu yang Alea rasakan namun dibiarkan kerana turut menikmati kehangatan tangan Inas “Kenapa abang balik tak beritahu? Ada masalah di Riau?”
“Abang call handphone sayang tapi tak dapat, sebab tu abang serang office Pijan.”
Alea menepuk dahinya sendiri, salahnya kerana lupa menghidupkan semula telefon bimbitnya. Dia malu sendiri memikirkan sifat kebuda