“Inas mana umi?” Mata Alea melilau mencari kelibat suaminya.
“Inas jumpa abi sekejap, ada hal katanya.”
Puan Saodah menarik tangan Alea untuk duduk di sisinya. Dia menggenggam tangan menantunya erat. Gusar. Dia berharap agar masalah anak manjanya dapat diselesaikan dengan baik kerana kasihnya untuk Alea sangat mendalam.
Alea bingung melihat kelakuan wanita di sampingnya. “Ada apa umi? Lea tengok umi macam tengah fikir sesuatu. Lea ada buat salah?”
“Tak ada sayang, Lea tak salah.”
Keluhan puan Saodah menarik perhatian Alea. Pasti ada sesuatu! Suasana menjadi hening, perut yang tadi berkeroncong lapar kini sudah tidak lagi. Alea turut menjadi cemas melihat sikap puan Saodah. Ada apa sebenarnya?!
“Sayang, kita pulang sekarang.” Ujar Inas dengan langkah besar menghampiri uminya. Dia men