Dari jauh Inas memerhatikan isterinya yang asyik berbual dengan seorang pemuda yang mungkin rakan sekerjanya. Dengan tubuhnya disandarkan pada kereta dan tangan di dalam saku seluar, dia menghembus nafas berat kerana Alea belum menyedari kehadirannya.
Telefon bimbitnya dikeluarkan untuk menghubungi wanita itu. “Abang dah sampai.”
Dari jauh dia dapat melihat Alea menoleh ke kiri dan ke kanan mencarinya. Matanya memicing tajam saat melihat isterinya melontarkan senyuman manis dan melambaikan tangan kepada pemuda itu sebelum melangkah ke arahnya.
“Abang dah lama sampai?” Pertanyaan Alea tidak dijawab namun membiarkan wanita itu meraih tangannya untuk disalam.
“Nak singgah mana-mana?” Tanya Inas datar. Fikirannya tidak tenang melihat kemesraan Alea dengan pemuda tadi. Mungkinkah selama p