Bunyi mendayu-dayu alarm dari telefon bimbit membuatkan Alea terpaksa membuka matanya yang masih terasa berat untuk dibuka. Hari ini dia nekad untuk menghubungi dan bertemu seseorang yang mungkin boleh meleraikan masalah rumahtangga mereka. Dia bangkit lalu meregangkan tubuh sambil menyisir rambut yang terurai menggunakan jari-jemarinya. Wajahnya merona saat mengingatkan bagaimana Inas memperlakukannya semalam. Malam yang dipenuhi dengan ucapan cinta dan rindu.
Tangannya menarik selimut tebal untuk menutupi sebahagian tubuh Inas yang terdedah. Pipi pemuda itu diusap penuh kasih. Tiada sudah janggut liar yang menyembunyikan wajah tampannya.
** Flashback
“Macam mana masalah abang dengan Natasya?” Tanya Alea sejurus selepas Inas keluar dari bilik air. Dia masih tertanya-tanya tentang hubu