Alea mengalihkan pandangannya lalu menggigit bibirnya kerana cemas. Tangannya di rasakan sejuk. Sudah lama dia tidak melihat pemuda yang satu itu. Syafi Inas!
“Ehh… Tuan, duduklah.” Jawab Maimun sambil kepalanya melihat kanan dan kiri mencari jika ada meja yang masih kosong.
Maimun menguis kaki Alea di bawah meja, hairan melihat wajah Alea yang merona merah. Maimun menyuap makanannya tanpa mengendahkan 2 pemuda yang duduk semeja dengan mereka. Tapi tidak bagi Alea. Selera makannya hilang, hanyut bersama perasaannya saat ini.
“Alea, kenapa awak tak makan?” Tanya Hafizan menyembunyikan senyumannya.
“Saya dah kenyang tuan.” Jawab Alea sambil menghirup air lemonade nya.
“Kawan saya ni pun dah kenyang sebab tengok awak.” Usik Hafizan, matanya melirik Inas yang duduk dengan wajah tanpa perasaan di sebelah Alea.
Uhukkkkkk…
Alea tersedak mendengar kata-kata Hafizan. Dengan pantas dia mengibas tudungnya yang terkena tumpahan air. Sudut matanya dapat melihat Inas menghulurkan sapu tangan kepadanya. Dengan ragu-ragu Alea menerima sapu tangan tersebut untuk membersihkan tudungnya.
“Sorry, maksud saya kawan saya dah kenyang sebab tengok kawan awak ni makan macam dunia akan kiamat sekejap lagi.” Ujar Hafizan datar melirik Maimun di sebelahnya.
“Maaf tuan, saya lapar.” Balas Maimun tanpa rasa bersalah. Sesekali dia mengerutkan kening melihat wajah tampan pemuda yang duduk di sebelah Alea. ‘Ada apa dengan Alea dan pemuda ni.’ Fikirnya.
Alea melihat sapu tangan yang berada di genggamannya. Aroma yang terbit dari sapu tangan tersebut betul-betul membuatnya tenang. Ingin sekali dia menghirup wangian sapu tangan tersebut, tapi tidak di hadapan Inas. ‘Kau gila Alea! Pulangkan sapu tangan tu.’ Gumamnya dalam hati.
“Simpan.” Ujar Inas perlahan.
Alea mengangguk laju. Ishhh…ingin sekali dia menampar dirinya sendiri kerana tidak menolak. ‘Apa yang akan difikirkan oleh Inas nanti.’
“Tuan, kami gerak dulu.” Maimun bersuara meminta izin untuk meninggalkan meja makan dan dibalas dengan anggukan Hafizan.
Selepas kedua-dua gadis itu meninggalkan meja makan, ketawa Hafizan tersembur keluar membuatkan Inas semakin kesal.
“Puas?” Tanya Hafizan sambil tersenyum sinis.
Inas tersenyum bahagia. Ini kali pertama dia duduk berdekatan dengan Alea. Ada perasaan senang dan ingin terus bersama dengan gadis itu. ‘Hehh… Dia ambil sapu tangan aku! Mesti dia bawa tidur sapu tangan tu.’ Fikir Inas nakal, tanpa sedar senyumannya melebar.
“Aku rasa kau dah jatuh cinta bro!” Usik Hafizan, jijik melihat senyuman di wajah Inas.
Inas memutar matanya lalu berdiri, malas melayan kata-kata Hafizan. “Aku nak balik office. Bye.”
Hafizan ikut berdiri lalu meninggalkan café. Dia tahu sepupunya itu pasti sudah menyimpan perasaan istimewa untuk Alea.
*
‘Kenapalah aku tak terfikir benda ni awal-awal. Macam mana kalau dia ada di rumah umi nanti.’ Alea mula mengetuk-ngetuk meja menggunakan kukunya, mencari idea untuk menolak pelawaan Puan Saodah.
Brrrttt… Brrrtttt…
Alea melihat screen handphone nya, nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum Lea, umi ni.”
“Oh… Puan. Lea ingatkan siapa tadi. Ada apa?”
“Sekejap lagi Lea dah habis kerja kan. Umi dari beli barang tadi, umi singgah ambil Lea ya.”
“Tak payah susah-susah Puan, nanti Alea naik teksi.”
“Tak susah. Umi tunggu di bawah.”
“Okay. Sekejap lagi Lea turun.”
Alea mengetap bibirnya, berdoa semoga pemuda itu tidak datang ke rumah umi. Teringat sapu tangan pemuda itu, dia tersenyum sendiri memikirkan betapa gilanya dia membawa sapu tangan Inas sehingga ke tempat tidur kerana ingin menikmati aroma sapu tangan tersebut.
“Masuk Lea, simpan barang-barang Lea di bilik tamu. Umi nak rehat di bilik sekejap.”
“Baik puan. Lea nak jumpa Kak Esah sekejap.”
Umi mengangguk lalu naik ke biliknya. Alea melangkah masuk ke bilik dapur, ingin membantu Kak Esah menyediakan juadah untuk malam ini.
“Assalamualaikum Kak.”
“Eh eh mak kucing jatuh tangga!”
Alea ketawa mendengar Kak Esah melatah kerana terkejut. Dia sudah menganggap Kak Esah seperti keluarganya sendiri kerana mereka datang dari kampung yang sama. Kak Esah hidup sebatang kara selepas kematian suaminya. Dia bersyukur melihat Kak Esah dapat bekerja dengan majikan yang sangat baik.
“Walaikumsalam Alea. Wah, dah berisi Alea sekarang.”
“Hee… Lea kuat makan, sebab tu gemuk.”
“Bukan gemuk, berisi. Tak kurus macam dulu-dulu.”
Alea mengangguk mengiakan kata-kata Kak Esah.
“Lea nak bantu apa ni? Kenapa macam tak ada persiapan untuk majlis esok?” Tanya Alea bingung.
“Puan dah order makanan dari catering. Jadi kita tak perlu masak untuk esok. Masak untuk malam ni saja.”
“Laaa… Kalau macam tu Lea nak kena buat apa ni kak?”
“Tak perlu buat apa-apa Lea, umi dah order semua.” Suara Puan Saodah mengejutkan Alea.
“Umi ajak Lea datang sini sebab umi sunyi. Anak-anak umi tak ada yang dapat balik hari ni. Shafinaz tunggu suami dia, sebab malam ni masih ada kelas. Isma pulak tengah siapkan lukisan customer. Inas sibuk dekat office, entah apa yang sibuk sangat.” Jelas Puan Saodah.
Alea tersenyum mendengar khabar pemuda itu tidak dapat datang hari ini. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu berhadapan dengannya
Alea duduk di hadapan cermin mengeringkan rambutnya yang separas bahu. Dia tidak pernah membiarkan rambutnya terlalu panjang kerana sukar untuk dikeringkan. Dan Maimun sering menjadi tukang gunting rambutnya semasa mereka di hostel. Alea tersenyum sendiri mengingatkan kenangan mereka semasa di hostel.
‘Selesanya.’ Gumam Alea sambil merentangkan tangannya di atas katil. Jam menunjukkan sudah pukul 12:30 malam, namun matanya masih belum mengantuk. Alea duduk semula mengambil air minum yang tersedia di tepi katil.
Tok Tok Tok!
Bahu Alea terangkat kerana terkejut, meneka-neka siapa yang mengetuk pintu biliknya. Dia mengambil tuala menutupi kepalanya lalu membuka pintu bilik.
Mata Alea terbelalak saat melihat Inas berdiri di hadapan pintu biliknya, jantungnya seperti ingin terkeluar dari tubuhnya. ‘Kenapa dia ada di sini?’
Alea bertambah cemas saat Inas melangkah menghampirinya dan masuk ke dalam bilik. Dia menelan liur saat terdengar pintu dikunci.
“A...Ada apa? Lea tak nak macam ni! Macam mana kalau tuan atau puan datang. Keluar sekarang Inas!” Alea cemas. Tangannya menggenggam tuala di kepalanya dengan kuat. Dia semakin cemas melihat Inas tersenyum sinis menghampirinya.
‘Handsome nya kalau dia senyum. Selama ni tak pernah pun aku tengok dia senyum macam ni. Ish… Gila kau datang lagi Alea!’ Gumamnya.
“Lily Alea.”
Alea menggigit bibir bawahnya kuat. Hatinya bergetar mendengar namanya disebut dengan lembut oleh Inas.
“Lepaskan!” Kata Inas sambil berusaha menarik tuala yang melekat di kepala Alea.