Alea menggeleng sambil menggenggam tualanya lebih kuat. “Lea bukan untuk tontonan umum.” Kata Alea tegas, tidak ingin mengalah.
Degupan jantung Alea kembali berdegup laju apabila kedua-dua tangan Inas kini mengurung tubuhnya di dinding. ‘Macam cerita korea. Hihihii… Jangan cakap dia nak kiss aku lepas ni. Astaga Alea! Sedar!’
“Memang bukan untuk tontonan umum, tapi untuk tontonan suami sendiri.” Ucap Inas sinis, menatap dalam ke mata Alea.
Alea tergamam mendengar kata-kata Inas. Keningnya berkerut, matanya membalas tatapan mata Inas seolah-olah menginginkan kepastian.
“Tapi kita…”
“Kita tak pernah bercerai Alea.”
Ya, Inas memang tidak pernah melafazkan cerai. Dia juga tidak pernah menuntut apa-apa walaupun mereka tidak hidup bersama. Walaupun belum ada rasa cinta di hatinya untuk Inas, namun dia tidak rela.
Senyuman lebar Inas membuatkan Alea hanyut dalam pemikirannya sendiri. Bibir Inas sangat menarik di matanya. Tidak tipis namun tidak terlalu tebal. Bibir atasnya kelihatan beralun. Dia tidak pernah memerhatikan mana-mana lelaki sedalam ini, melainkan pelakon Park Bo Gum melalui drama bersiri Love In The Moonlight.
Alea benar-benar terpukau. Tanpa sedar dia melepaskan genggaman tangan di tuala yang menutupi kepalanya. Matanya dapat melihat leher Inas bergerak-gerak. Entah apa yang difikirkan oleh pemuda itu.
Inas menelan liur kasar melihat keindahan dihadapannya, jantungnya berdegup kencang seperti sudah berlari mengelilingi padang bola sepak. Wangian rambut Alea membuatkan sesuatu di tubuhnya mula menegang. Matanya cantik! Bibirnya! Ingin sekali dia menggigit bibir gadis yang bergelar isterinya itu.
Walaupun hubungan mereka sudah sah menjadi suami isteri, namun Inas tidak mahu mendekati Alea hanya kerana nafsu. Dia sedar hatinya sudah mula terisi dengan kehadiran Alea, walaupun dia sendiri tidak pasti adakah perasaannya itu cinta atau belas kasihan semata-mata.
Keana dari awal sudah terbit rasa kasihan melihat gadis itu ditampar oleh abangnya sendiri, ditambah lagi saat mengetahui Alea melakukan dua pekerjaan untuk menanggung kos pengajiannya.
“Ehemmm..” Inas berdehem membersihkan tekaknya.
Tangannya gatal untuk menyelitkan rambut Alea ke belakang telinga. Cantik!
“Kenapa datang rumah umi?” Tanya Inas ingin tahu.
“Puan ajak tidur sini sebab esok jamuan anniversary. Puan cakap anak-anak dia tak balik malam ni.” Jawab Alea jujur.
Inas mengangguk. Sebelum ini dia tidak bercadang untuk menginap di rumah uminya, namun setelah menyelesaikan pekerjaannya, dia mengubah fikiran. Saat dia menaiki tangga untuk ke biliknya, dia melihat Alea keluar dari bilik Kak Esah dan masuk ke dalam bilik tamu.
“Kau tak takut kalau umi tahu pasal kita?”
“Takut. Sebab tu Lea suruh Inas keluar.”
Inas mendekatkan wajahnya di telinga Alea. Alea menutup mata, tidak menolak perlakuan Inas. Dia dapat menghidu aroma wangi dari tubuh Inas, betul-betul menyenangkan.
“Pasang butang baju tidur kau betul-betul, aku boleh tengok bra hitam dan belahan d**a kau, cantik!” Bisik Inas nakal sambil tangannya menepuk lembut kepala Alea.
Wajah Alea merona merah. Dia terkejut dan malu mendengar kata-kata nakal Inas. Alea menolak d**a bidang Inas kuat lalu memasang butang bajunya yang terbuka di bahagian atas. Kurang asam!
Inas tersenyum nakal melihat wajah merah Alea. Dia melangkah keluar dari bilik tamu menuju ke biliknya, meninggalkan Alea yang masih kesal.
*
“Awal Alea bangun.” Sapa Puan Saodah, melihat Alea membantu Kak Esah menyediakan sarapan.
Alea hanya tersenyum manis. “Puan nak minum teh?” Tanya Alea saat Puan Saodah duduk di kaunter bar.
Puan Saodah mengangguk. “Tolong letak hirisan lemon ya Lea.”
“Baik puan.”
“Esah, semalam Inas ada balik?”
“Ada puan.” Jawab Kak Esah sopan.
Alea mengetap bibir, menyembunyikan debaran di d**a. ‘Aduh, pagi-pagi jantung aku dah buat exercise dengar nama suami sendiri. Suami… Alamak! Kalau Inas suami aku maknanya Puan Saodah dan Tuan Rahman mertua aku!’
“Auchhh!”
“Kenapa Lea?” Tanya Puan Saodah cemas lalu menghampiri Alea.
“Emmm… Jari Lea terkena pisau.” Jawab Alea menggenggam jarinya yang mengeluarkan darah.
“Padan muka. Tengah buat air pun nak berkhayal!”
Suara garau lelaki mengejutkan mereka bertiga. Semua kepala menoleh ke belakang, melihat Inas duduk sambil meneguk segelas air lemonade yang terhidang di kaunter bar.
Plak!
Tangan Puan Saodah menampar belakang Inas kuat.
“b***k ni, dah lah minum air orang tak minta izin. Orang tengah sakit pun dia boleh cakap macam tu.” Bebel Puan Saodah, melihat air lemonade Alea yang habis diminum oleh anaknya.
“Pergi ambilkan umi first aid box, nak balut jari Alea.” Arah Puan Saodah kepada Inas.
“Minum air isteri sendiri pun kena marah.” Luah Inas perlahan agar uminya tidak mendengar kata-katanya.
“Duduk!” Arah Inas keras kepada Alea sambil membuka first aid box di kaunter bar.
Plak!
Sekali lagi tangan Puan Saodah menampar belakang anaknya.
“Sakit umi…” Keluh Inas cuba mengusap belakangnya.
“Kau nak tolong balut jari Alea atau nak marah-marah dia?” Ujar Puan Saodah kesal dengan Inas.
“Emmm… Biar Alea buat sendiri puan.” Ujar Alea lembut cuba menghentikan perbalahan Inas dan uminya. Alea mengambil first aid box dari tangan Inas lalu duduk di kaunter bar.
“Biar umi tolong.”
“Sini! Biar aku yang buat.”
Alea menggaru keningnya yang tidak gatal, pening melihat kelakuan Inas dan Puan Saodah. Kak Esah turut tersenyum melihat gelagat ibu dan anak itu. Dia tahu, Puan Saodah hanya merindukan anaknya, sengaja membuat anak manjanya itu kesal.
“Duduk sini Alea.” Arah Inas sambil matanya melirik uminya.
Alea duduk di hadapan Inas lalu menghulurkan tangannya. Dia memerhatikan jari-jemari Inas yang sibuk membersihkan luka di jarinya. Suasana menjadi hening. Semua hanyut dengan lamunan masing-masing.
“Alea dah ada boyfriend?” Tanya Puan Saodah tanpa di duga.
“T… Tak ada puan.” Jawab Alea gugup. Dia dapat merasakan tangannya digenggam kuat oleh Inas. Dia menarik tangannya melepaskan genggaman Inas.
“Eloklah tu, umi cadang nak kenalkan Alea dengan sepupu Inas petang nanti. Nama dia Hanafi. Manalah tau ada jodoh, ada yang boleh jaga Lea nanti. Boleh?” Tanya Puan Saodah berharap.
“Mmm... Bo…”
“Kenapa umi nak jodohkan dia dengan Nafi? Nafi tu muda lagi.” Bantah Inas sebelum sempat Alea menjawab.
“Nafi dah 25 tahun, sesuai sangat dengan Alea yang masih muda. Sekurang-kurangnya ada orang yang boleh jaga Alea. Umi nak jodohkan Inas dengan Alea hari tu Inas tak nak. Nak juga pilih yang seksi, pakaian tak cukup kain. Jadi baik umi carikan Lea orang yang umi kenal, umi tau Nafi boleh jaga Alea.” Jawab Puan Saodah membuatkan Inas bertambah kesal.
Alea tunduk mendengar kata-kata Puan Saodah, dadanya terasa sesak bagai ada beban yang menghimpit. Teringat gadis manja dan super seksi yang mendampingi Inas di restoran.
“Puan, Alea masuk dapur dulu, nak tolong Kak Esah.” Ujar Alea perlahan. Matanya menatap Inas kesal lalu melangkah meninggalkan ibu dan anak itu.