“Alea dah habis study?” Tanya Shafinaz ketika mereka duduk berehat di halaman rumah selepas.
“Belum, Lea tengah practikal, sama tempat dengan abang Pijan.”
“Oh… Kalau dengan Pijan, maknanya Alea ambil bidang perakaunan kan.”
Alea mengangguk mengiakan.
“Umi ada cerita, ibu dan ayah Lea dah tak ada. Jadi Lea tinggal dengan siapa?”
“Lea tinggal dengan abang dan kakak ipar. Lepas Lea sambung study, Lea tinggal di hostel kampus. Sekarang Lea sewa apartment dengan kawan.”
Shafinaz mengangguk. “Kalau Lea perlu apa-apa, boleh bagitau Kak Long atau umi. Jangan segan-segan.” Ucap Shafinaz sambil mengelus lembut bahu Alea.
“Boleh Nafi duduk sini?”
Pertanyaan seorang pemuda mengejutkan Alea. ‘Dia pasti Hanafi, pemuda yang dimaksudkan oleh Puan Saodah.’
“Duduklah. Kak Long nak masuk jumpa Isma, dah lama Kak Long tak jumpa dia.” Ujar Shafinaz lalu melangkah masuk ke dalam rumah untuk menemui adiknya, membiarkan Hanafi mendekati Alea.
Dari jauh kelihatan Inas menggenggam tangannya kuat kerana kesal melihat Alea dan Hanafi yang kelihatan ketawa mesra. Fikirannya kusut mengingatkan kata-kata uminya pagi tadi.
“Kau tak nak beritahu umi dan abi tentang hubungan kau dan Alea?” Inas menoleh ke arah suara di belakangnya.
“Hmmm… Aku takut Alea tak setuju.”
“Kau dah bincang dengan Alea?”
“…”
Hafizan menggelengkan kepala. “Bro… Kau suami Alea yang sah. Jumpa dia face to face lepas tu bincang elok-elok. Jangan buat andaian sendiri.”
Inas menarik nafas panjang. Sejujurnya dia belum menyintai Alea namun jauh di sudut hatinya, dia tidak rela jika gadis itu menjadi milik orang lain. Jika Hanafi betul-betul ingin menjadikan Alea pasangan hidupnya, dia terpaksa melepaskan Alea pergi. Never!
Selepas anak-anak dan ahli keluarga Puan Saodah kembali ke rumah masing-masing, Alea segera membantu Kak Esah membersihkan rumah. Dia juga ingin kembali ke apartment sewanya.
“Puan, Alea balik dulu, terima kasih ajak Lea datang sini.” Ucap Alea sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Saodah.
“Nak umi hantar?”
“Lea dah panggil teksi, sekejap lagi sampai.”
“Biar aku hantar kau balik.” Suara Inas mengejutkan Alea dan Puan Saodah.
“Eh… Tak apa, Lea dan panggil teksi tadi.” Lembut Alea menolak pelawaan Inas sambil mengangkat begnya.
“Aku hantar!” Tegas Inas tidak menerima alasan Alea.
Puan Saodah mengerutkan kening, bingung melihat kelakuan anak bongsunya
“Umi, Inas nak balik apartment. Lain kali Inas jenguk umi lagi.” Ujar Inas sambil memeluk dan mencium pipi uminya.
“Lain kali tu bila Inas, tahun depan?” Usik Puan Saodah.
“Umi…” Protes Inas.
“Hati-hati di jalan. Hantar Alea sampai depan pintu, umi tak nak jadi apa-apa dekat Alea.” Pesan umi dibalas dengan anggukan Inas.
Sebaik saja Alea melangkah keluar rumah, dia melihat teksi yang dipesannya sudah berada di hadapan rumah.
“Inas, teksi yang Alea pesan dah sampai. Biar Lea balik naik teksi saja.”
Inas menatap Alea tajam. “Naik kereta aku sekarang.”
Inas melangkah ke arah teksi yang dipesan Alea lalu menghulurkan beberapa keping duit kepada pemandu teksi, kemudian kembali ke keretanya.
“Mmm… Lea tinggal di Apartment Seroja.” Ujar Alea tanpa ditanya. Dia bingung kerana Inas tidak bertanya di mana tempat tinggalnya.
“Kita singgah apartment aku.”
“Na…Nak buat apa? Lea nak balik.” Ujar Alea cemas.
“Buat anak.” Jawab Inas datar sambil matanya melirik wajah cemas Alea.
“What! Lea nak turun sekarang.” Suara Alea bergetar kerana takut mendengar jawapan Inas sebentar tadi.
Alea menggenggam jari-jemarinya. Buat anak? Fikirannya melayang membayangkan dia berdua-duaan dengan Inas di apartment, bagaimana dia dan Inas melakukan… ‘Ish, kenapa dengan otak aku ni, dah rosak agaknya.’
Inas memerhatikan Alea yang duduk di sebelahnya, sudut bibirnya terangkat melihat wajah merah gadis itu. Entah apa yang difikirnya.
“Masuklah.” Ajak Inas saat mereka sampai di apartment nya.
Alea masih berdiri terpaku di hadapan pintu apartment Inas, ragu-ragu untuk masuk.
“Masuklah, kita dah nikah Alea.”
Alea mengangguk lalu masuk de dalam apartment Inas. Dia duduk di sofa ruang tamu sambil memerhatikan hiasan apartment tersebut. Warna putih dan hijau menghiasi apartment pemuda itu. Nyaman!
Inas datang menghampiri Alea, menyerahkan sampul surat berwarna coklat lalu duduk di sofa berhadapan dengan Alea.
“Sijil nikah kita.” Ucap Inas datar.
Perlahan Alea membuka sampul yang diberikan oleh Inas dan membaca isi kandungan sijil nikah tersebut. Riak wajahnya berubah menjadi suram. Dia isteri seseorang, namun hanya di atas kertas kerana suaminya memiliki kekasih. Dadanya sesak memikirkan gadis yang pernah dilihat bersama Inas. Akhirnya air mata Alea tumpah, tidak dapat ditahan lagi.
Inas yang sedari tadi memerhatikan Alea menjadi panik. “Alea… Kenapa ni?” Tanya Inas perlahan lalu duduk di sebelahnya.
Alea menghapus air matanya menggeleng, cuba menenangkan hatinya. “Lea nak balik.” Pinta Alea lalu berdiri, tidak sanggup berlama-lama di apartment Inas.
“Duduk Alea. Aku nak bincang tentang hubungan kita.”
“Nak bincang tentang apa?” Tanya Alea tunduk menggenggam jari-jemarinya. Jika lafaz cerai yang ingin diucapkan oleh Inas, itu akan menjadi hukuman gantung baginya.
“Alea, look at me.” Panggil Inas lembut.
Alea mengangkat kepalanya, menatap wajah Inas. Jantungnya berdebar tidak keruan saat tangan besar Inas menggenggam erat tangannya.
“Aku nak minta maaf sebab abaikan tanggungjawab aku sebagai suami sepanjang kita menikah. Aku tahu kita nikah sebab terpaksa, tapi aku tak pernah berniat nak ceraikan kau. Maaf sebab baru sekarang aku berani nak cakap.” Luah Inas lembut. “Kalau nak cakap tentang perasaan, terus-terang sampai saat ini aku tak tahu apa yang aku rasa, aku hanya tak nak kita berpisah. Tapi aku tak nak paksa, apa pun keputusan kau aku akan terima.”
Alea menggigit bibirnya kuat, banyak yang ingin diluahkannya namun lidahnya terasa kelu tidak mampu berkata-kata. Hanya air mata yang mengalir di pipinya.
“Jangan menangis Alea. Aku tak paksa kau untuk teruskan pernikahan kita. Kalau kau tak setuju, Isnin nanti kita urus perceraian kita.” Ujar Inas perlahan, melepaskan tangan Alea.
Terkejut mendengar ucapan Inas, Alea pantas meraih semula tangan suaminya itu.
“Lea tak nak berpisah!” Ujar Alea perlahan dengan kepalanya ditundukkan.
Inas tersenyum mendengar pengakuan Alea. Sekarang dia hanya perlu menunggu masa yang sesuai untuk menjelaskan perkara tersebut kepada umi dan abinya.
“Boleh tak kalau…” Ucapan Inas terputus.
Alea mengerutkan keningnya, menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Inas.
“Hmmm… Boleh tak kalau malam ni kau tidur di sini?” Ujar Inas laju kerana terlalu malu untuk mengungkapkan keinginannya. Dia hanya ingin menghabiskan hujung minggunya berdua bersama Alea.