Jam menunjukkan sudah pukul 12 tengah malam, Alea yakin Inas pasti sudah tidur lena ketika ini. Namun tidak bagi Alea, dia belum dapat melelapkan matanya. Bagaimanapun ini kali pertama dia tidur sekatil dengan seorang lelaki.
Pinggangnya mula terasa sakit kerana sejak dari tadi dia tidak berani untuk bergerak walaupun dia telah meletakkan bantal sebagai batas di tengah-tengah katil. Rasanya ingin sekali dia keluar dari bilik dan tidur di sofa.
Alea terkejut saat merasakan tangan besar Inas memegang bahunya. Dia memusingkan tubuhnya menghadap pemuda itu sambil mengambil kesempatan meluruskan pinggang dan belakangnya yang terasa sakit tadi. Alea menatap wajah Inas dengan perasaan kagum. Tampan!
“Maaf, Lea ganggu Inas tidur?” Tanya Alea perlahan.
“Tak. Kenapa belum tidur?” Suara garau Inas membuatkan jantung Alea berdegup laju.
“Lea tak boleh tidur.”
Ucapan Alea terdengar manja di telinga Inas, membuatkan pemuda itu tersenyum menyeringai. Dia mengalihkan bantal yang menjadi batas di tengah-tengah katil lalu menarik tubuh Alea ke pelukannya. Tangannya mengusap lembut belakang Alea. Jiwa lelakinya terusik dengan aroma wangi tubuh gadis itu.
Mata Alea terbelalak saat Inas memeluknya erat membuatkan jantungnya seperti ingin melompat keluar. Dia dapat mendengar degupan jantungnya sendiri. Memalukan!
Alea mengangkat wajahnya, dia dapat melihat Inas menutup matanya semula, namun tangan pemuda itu masih mengusap belakangnya lembut. Tanpa sedar Alea mengusap d**a Inas perlahan, merasakan d**a tegap suaminya.
“Jangan goda aku Alea.” Suara garau Inas menyebabkan Alea menarik tangannya.
“Eh… Maaf.” Ujar Alea malu-malu.
“Tapi kalau kau nak sekarang, aku boleh…”
“Tak nak!” Jawab Alea cepat memotong percakapan Inas.
Inas ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Alea. Dia tahu isterinya belum bersedia, dia hanya ingin mengusik gadis itu.
“Lea, orang yang jadi wali masa kita nikah tu abang kandung kau kan?” Tanya Inas inginkan kepastian.
Alea mengangguk.
“Dia selalu pukul kau?” Tanya Inas lagi. Sudah lama dia ingin bertanya hal tersebut kepada Alea. Dia masih ingat bagaimana Alea seolah-olah sudah bersedia untuk dipukul oleh abangnya sendiri.
“…”
Kebisuan Alea membuatkan Inas yakin gadis itu sering disakiti oleh abangnya sendiri.
“Tapi abang Lea tak jahat. Lepas ibu dan ayah meninggal, abang yang jaga Lea. Mungkin dia stress sebab kami hidup susah. Dia marah sebab Lea tolak pinangan lelaki kaya di kampung dan Lea degil nak sambung belajar. Abang Lea tak mampu nak tanggung kos pembelajaran Lea, sebab tu Lea kerja part time jadi cashier, kadang-kadang Lea ganti Kak Esah. Tak sangka malam tu…”
Kata-kata Alea terputus mengingatkan malam dia dan Inas terpaksa menjadi suami isteri. “Maaf.”
Inas menarik nafas dalam. “Malam tu aku marah bukan sebab kita terpaksa menikah, tapi aku marah sebab dituduh berkhalwat. Kita tak buat apa-apa, aku tak tahu pun kau ada di dalam rumah umi. Tapi kalau dah jodoh, nak buat macam mana. Kau tak salah dan aku tak pernah salahkan kau.”
“Dah lewat Alea. Kalau kau tak nak terjadi apa-apa malam ni, baik kita tidur.” Ugut Inas nakal. Seketika sudut bibirnya terangkat melihat Alea menutup matanya rapat. Takut sangat kalau terjadi apa-apa!
*
Inas membuka matanya perlahan merasakan tangannya memegang sesuatu yang lembut. Matanya terbuka luas ketika menyedari tangannya berada di atas d**a Alea. Dia menarik tangannya cepat bimbang jika Alea menyedari hal tersebut. Jantungnya berdegup laju. Ada sesuatu ditubuhnya yang ikut terbangun. Gila!
Cantik. Inas menatap wajah Alea yang sedang tidur lena. Matanya tertumpu pada bibir Alea yang kelihatan lembut. Inas menelan liur. ‘Tak salah kan kalau aku sentuh, dia isteri aku.’
Alea mengerdipkan matanya beberapa kali melihat persekitaran bilik yang sangat asing baginya. Suara Inas menyapanya membuatkan ingatannya kembali.
“Dah puas tidur?” Tanya Inas yang baru keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil.
Alea terkejut melihat pemandangan yang sangat… Wow! Rasanya dia boleh terkena serangan jantung kalau terus berada di sekitar pemuda itu. Dia mengalihkan pandangannya, malu untuk terus menatap tubuh Inas yang hanya mengenakan tuala separas lutut.
“Nak malu apa, aku suami kau. Betul kau tak nak tengok?” Usik Inas. Ketawanya pecah melihat Alea menggeleng laju.
“Aku bagi kau peluang.” Ujar Inas sambil melempar tuala yang dipakainya ke arah Alea yang masih duduk membelakanginya di atas katil.
“Aaaaaaaa… Inas. Tak nak! Pakai balik!”
“Malas. Lagipun ini bilik aku.”
“Inaaaaaassss.” Alea menutup matanya menggunakan kedua tangannya kerana dapat merasakan Inas naik ke atas katil.
“Kau pergi mandi sekarang, aku tunggu.” Bisik Inas di telinga Alea membuatkan Alea menggidik ngeri.
“Pakai balik tuala tu Inas!” Arah Alea geram.
“Dah.”
Alea membuka matanya menoleh perlahan ke belakang bimbang jika Inas tidak memakai tualanya. Alea menggigit bibirnya kuat melihat Inas yang sudah lengkap berpakaian duduk di kepala katil sambil tersenyum nakal. Alea mengambil bantal lalu melempar ke arah Inas.
Dia melangkah masuk ke bilik air dengan perasaan kesal. Terdengar suara Inas ketawa terbahak-bahak di luar. ‘Kurang asam! Dia kenakan aku!’
*
“Bila kali terakhir Inas ganti alas katil?” Tanya Alea sambil membuka bungkusan nasi lemak yang di pesan Inas.
“Minggu lepas. Kenapa?” Tanya Inas dengan kening berkerut.
“Tengok ni.” Alea mendongakkan kepalanya, menunjukkan lehernya yang kemerah-merahan.
Inas menghulurkan tangannya mengusap leher Alea yang merah kerana perbuatannya. Berusaha menyembunyikan senyumannya. Pagi tadi dia tidak dapat menahan diri dari menikmati bibir lembut Alea. Saat dia ingin berhenti, leher putih Alea menyiksa matanya, akhirnya leher gadis itu menjadi mangsa seterusnya. Terlalu khayal sehingga dia tidak sedar telah meninggalkan bekas merah di leher isterinya. Ingin berterus terang namun bimbang jika Alea marah.
*
Alea merebahkan tubuhnya di atas katil sejurus sampai di apartment sewanya. ‘Tiada yang lebih selesa dari katil sendiri.’ Gumamnya sambil menutup mata. Wajah tampan Inas bermain di fikirannya. Senyuman terukir dibibirnya mengingatkan kejadian semasa Inas menghantarnya pulang tadi.
“Thanks hantar Lea balik. Lea naik dulu.” Ucap Alea lalu membuka pintu kereta.
“Alea.” Panggil Inas lembut, menghulurkan tangannya untuk disalam.
Alea menoleh melihat tangan besar Inas yang terhulur. Dia kembali menutup pintu kereta lalu menyambut tangan Inas. Hatinya terasa sayu saat bibirnya menyentuh tangan suaminya. Malu untuk menatap wajah Inas, dengan cepat Alea memalingkan wajahnya dan cuba untuk membuka pintu kereta namun tidak berhasil.
“Inas. Please, Lea nak turun.” Pinta Alea tanpa menoleh. Dia tahu Inas sengaja mengunci pintu kereta.
“Look at me Alea.” Ujar Inas lembut.
Alea menggeleng laju. Dia dapat merasakan wajahnya merona merah dan jantungnya berdebar tidak keruan. Namun dia mengalah saat Inas menarik lengannya, lalu mendaratkan ciuman lembut di keningnya. Eiii… Sweet!
“Lea… Alea!”
Panggilan Maimun mengejutkan lamunan Alea. “Bila masa kau sampai? Aku tak dengar pun.”
“Baru je. Jom keluar, kita pergi beli barang dapur.” Ajak Maimun sambil menarik tangan Alea.
“Okay, tunggu aku bersiap.” Ketika Maimun melangkah keluar dari biliknya, Alea mengambil handphone nya lalu menaip mesej.
Syafi Inas ,
Assalamualaikum. Lea keluar dengan housemate. Nak pergi beli barang.
Walaikumsalam. Ok. Be careful. Balik nanti bagitau aku.
‘Balas macam tu je? Hish… Dia tak tanya pun aku nak beli barang di mana, beli barang apa.’ Gumam Alea kesal.